Syarat BRIM Online 2018

BRIM adalah singkatan kepada Bantuan Rakyat 1Malaysia. Ia diwujudkan bagi meringankan beban rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah. Lagi-lagi dengan keadaan ekonomi sekarang bantuan ini telah dilaksanakan sejak tahun 2012. BRIM online telahpun ditubuhkan untuk memudahkan permohonan, semakan status dan rayuan di atas talian, bagaimanapun pendaftaran dan segala urusan lain berkaitan BR1M juga boleh dibuat secara manual di pusat-pusat tertentu.

Siapa yang layak memohon? Mari baca syarat-syarat di bawah:

  1. Warganegara Malaysia yang tinggal kat Malaysia SAHAJA.
  2. Lelaki / perempuan yang menjadi ketua keluarga kepada isi rumah yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah yang kurang daripada RM4, 000.
  3. Warga emas yang hidup sebatang kara (berumur melebihi 60 tahun) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan kurang daripada RM4, 000.
  4. Bujang (berumur yang berumur 21 tahun atau ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan ≤ RM2, 000.
  5. Penerima e-Kasih.
  6. Pelajar tidak layak untuk memohon.

Jika saudara melepasi syarat kelayakan di atas, saudara bolehlah membuat permohonan secara online.

Kalau susah dan tak reti sangat, saudara bolehlah ke cawangan / Pusat Khidmat Hasil / UTC LHDNM yang terdekat. Sila dapatkan borang di situ sambil itu bolehlah bertanya persoalan yang bermain di fikiran saudara.

Semoga info ini berguna untuk saudara.  Syukur selalu.

  •  
  •  
  •  
  •  
  •