Semakan keputusan BR1M online 2018

Bagi yang memohon BR1M, anda boleh menyemak keputusan permohonan anda mulai Februari secara online dengan mengikuti langkah dibawah:

  1. Layari e-BR1M > klik Semakan Status > masukkan No. MyKad > klik Semakan Status Permohonan.br1m 2018
  1. Anda akan diminta untuk menjawab Soalan Keselamatan sebelum menyemak status. Anda jikalau menjawab soalan-soalan ini dengan jawapan yang silap sebanyak tiga kali, IC anda akan dikunci dan anda perlu berkunjung ke LHDN untuk membuka sistem online semula.

soalan br1m 2018

  1. Seterusnya, Status Permohonan anda akan dipaparkan. Anda boleh mencetak Maklumat Permohonan dan Status Semakan sebagai rekod untuk anda.status br1m 2018

Berikut adalah penjelasan terhadap keputusan semakan BR1M

Diterima

Permohonan anda telah berjaya didaftarkan

Dalam proses

Permohonan anda sedang disemak dan pengesahan kelayakan masih dalam proses

Ditangguhkan

Pemohon perlu mengemaskini maklumat, anda tidak akan mendapat bayaran melainkan anda melengkapkan maklumat yang cukup

Lulus

Permohonan telah lulus / berjaya, maksudnya anda akan dibayar kelak

Gagal

Permohonan gagal / tidak berjaya

Status Kredit Tidak Berjaya

Surat Maklum Lulus Gagal Kredit akan dihantar melalui pos kepada pemohon. Sila bawa bersama surat tersebut dan kad pengenalan untuk penunaian di Bank Simpanan Nasional (BSN) sahaja.

TINDAKAN

Sekiranya terdapat bahagian yang anda tidak fahami, anda boleh:-

  • layari e-BR1M dan klik Panduan Pengguna; atau
  • Merujuk di cawangan LHDN yang terdekat sekiranya tidak dapat menyemak secara online. Sila bawa bersama salinan kad pengenalan anda, pasangan dan tanggungan; atau
  • hubungi talian bebas 1-800-88-2716 (LHDN) atau 03-8882 4565 /4566 (Kementerian Kewangan) atau email ke br1m@treasury.gov.my.

MAKLUMBALAS KEPUTUSAN PERMOHONAN BR1M

Surat Makluman sama ada Lulus atau Gagal akan dihantar melalui pos kepada pemohon sebelum masa bayaran.

Setiap pemohonan yang berjaya, duit BR1M akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima secara berperingkat dan tarikh tepat bagi pembayaran seterusnya akan dimaklumkan oleh kerajaan melalui Kementerian Kewangan Malaysia.

  •  
  •  
  •  
  •  
  •