Punca dan Sebab Permohonan BRIM Tidak Lulus

image1 3

Menjelang waktu pengumuman keputusan kelulusan BRIM, ramai antara pemohon akan mendapati permohonan mereka tidak diluluskan dan terpaksa melalui proses rayuan. Terdapat banyak punca yang boleh menyebabkan permohonan BRIM 2018 gagal. Semak senarai di bawah untuk memastikan anda tidak melakukan kesilapan yang dinyatakan.

Antara Punca dan Sebab-sebab

  1. Tidak mengemaskini maklumat dalam permohonan BRIM dalam tempoh 3 tahun sebelum ini (sejak 2014) terutamanya penerima BRIM sedia ada
  2. Kemampuan pemohon memiliki kenderaan yang melebihi syarat kelayakan
  3. Semakan data agensi mendapati pendapatan isi rumah melebihi RM4000
  4. Semakan data agensi mendapati pendapatan individu (bujang) melebihi RM2000
  5. Maklumat pendapatan pemohon/pasangan/tanggungan yang menjalankan perniagaan berdaftar tidak disahkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
  6. Pemohon berstatus kahwin tetapi tiada maklumat pasangan (perlu pengesahan)
  7. Pemohon berstatus kahwin tetapi maklumat pasangan tidak lengkap (perlu pengesahan)
  8. Maklumat tanggungan tidak lengkap
  9. Pemohon wujud sebagai suami/isteri pemohon lain atau suami/isteri telah membuat permohonan lain
  10. Pemohon merupakan pelajar yang menerima Kad Debit Pelajar
  11. Pemohon kategori individu (bujang) wujud sebagai tanggungan kepada pemohon kategori isi rumah. Ini menyebabkan permohonan pemohon kategori individu (bujang) itu gagal
  12. Pemohon mendakwa diri sebagai ketua kepada isi rumah, tetapi tidak meletakkan nama tanggungan mereka atau nama tanggungan tidak benar
  13. Nombor MyKad pemohon tidak wujud dalam data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
  14. Nama pemohon berbeza dengan data JPN
  15. Permohonan lebih daripada satu kali
  16. Terdapat pengulangan identiti dalam borang permohonan yang sama atau berbeza
  17. Nama pasangan/tanggungan berbeza dengan data semakan agensi terlibat
  18. Kesilapan semasa mengisi borang permohonan secara dalam talian atau manual

Setiap permohonan dan maklumat kemaskini yang dikemukakan akan disemak dengan beberapa agensi yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia bagi memastikan maklumat diberikan itu tepat dan benar. Berikut adalah senarai agensi yang terlibat.