Peruntukan BRIM pada tahun 2018 7 juta

Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil mempertahankan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) pada hari ini, dengan mendakwa bahawa bantuan kewangan tersebut selari dengan prinsip amal dalam Islam.

Ketua Wanita Umno itu berkata kritikan terhadap BRIM tersebut menunjukkan bahawa pihak pembangkang “berasa takut dan risau” dengan kejayaan inisiatif tersebut, di mana ianya berjaya memenangi hati para pengundi di seluruh negara ini.
“Wanita melihat bantuan BRIM ini selari dengan konsep ‘ta’awun’ dalam Islam iaitu bantu-membantu antara satu sama lain,” kata Shahrizat dalam kenyataannya di sini.

“Melabel BRIM sebagai rasuah dan wang kotor sedangkan kerajaan sedang membantu orang awam jelas menunjukkan ianya bertentangan dengan konsep masyarakat prihatin yang dituntut Islam.”
Shahrizat juga mendakwa bahawa pengkritik tidak memahami keperluan dan kehendak rakyat dengan menentang BRIM.
“Mereka risau dan takut BRIM akan memenangi hati pengundi dan kemudiaannya memberikan sokongan kepada Barisan Nasional,” katanya.

Komen daripada Shahrizat ini datangnya setelah pembaharuan serangan terhadap BRIM oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dr. Mahathir lantang bersuara mengkritik BRIM, dengan memberitahu pentadbiran Najib sejak tahun 2013 bahawa ianya menyebabkan kebergantungan oleh penerima yang datang daripada golongan berpendapatan rendah, tidak menunjukkan rasa bersyukur dengan bantuan sedemikian.

Hatta pada tahun 2014, Dr Mahathir pernah menulis di blognya bahawa bantuan wang kerajaan melalui sistem BRIM ini seolah-olah sebuah polisi yang gagal oleh pihak sosialis dan komunis yang hanya akan menjadikan rakyat bergantung terhadap kerajaan dan mengurangkan sifat berdaya saing.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak pada hari ini berkata bahawa Dr Mahathir tidak sepatutnya mengkritik pentadbiran Najib dalam meneruskan program bantuan wang tunai sewaktu tempoh kerajaannya.
BRIM telah dinaikkan kepada RM1,200 bagi setiap isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan di bawah bajet kerajaan persekutuan.

Peruntukan BRIM pada tahun 2018 ialah sebanyak RM7  bilion yang mensasarkan tujuh juta isi rumah.

  •  
  •  
  •  
  •  
  •