Permohonan dan semakan BR1M

Permohonan dan semakan BR1M

Jumlah bantuan BR1M telah ditambah bagi semua kategori penerima tahun ini. Oleh itu, rakyat perlulah mengambil peluang untuk memohon dan menyemak butiran mereka bagi melayakkan diri untuk mendapat sumbangan ini. Berikut adalah panduan bagi mereka yang memerlukannya.

br1m

BORANG PERMOHONAN BR1M ONLINE

  • Permohonan baharu secara atas talian dan kemaskini BR1M tahun akan dibuka pada bulan Disember.
  • Penerima BR1M sedia ada tidak perlu mendaftar semula tetapi perlu mengemas kini maklumat peribadi termasuk alamat, maklumat anggota keluarga dan akaun bank.
  • Bagi pemohon baharu, anda boleh mendaftar secara atas talian (online) atau secara manual dengan mengisi borang permohonan BR1M melalui pautan ini-PERMOHONAN.pdf

SYARAT KELAYAKAN

  • Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
  • Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli keluarga yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
  • Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah
  • Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah
  • Tidak termasuk pelajar yang menerima Kad Debit Pelajar.

Kemukakan Salinan Semasa Permohonan:

  1. MyKad bagi pemohon
  2. MyKad/MyPR/MyKid/Sijil Lahir/Pasport bagi suami / isteri / tanggungan (jika berkenaan)
  3. Sijil perceraian / sijil kematian pasangan (jika ada) sekiranya pemohon berstatus Ibu/Bapa Tunggal /Balu/Janda /Duda

Perhatian

  • Semakan kelayakan dengan agensi / sumber lain adalah tertakluk pada ketetapan Kementerian Kewangan Malaysia.
  • Penerima Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) TIDAK LAYAK untuk memohonBRIM.

BANTUAN BRIM 2018

1. Kategori e-Kasih (Pendapatan Bulanan Bawah RM1000) : Jumlah Bantuan RM1200

  • Daftar menggunakan Borang eKasih
  • Ansuran Pertama- Februari 2017: RM400 (pembayaran secara baucar mulai 18 Februari, bayaran melalui pengkreditan ke akaun bank mulai 22 Februari 2017)
  • Ansuran Kedua- Jun 2017 : RM400
  • Ansuran Ketiga- Ogos 2017 : RM400

2. Kategori Pendapatan Bulanan Bawah RM 2000: Jumlah Bantuan RM1200

  • Ansuran Pertama- Februari 2017: RM400 (pembayaran secara baucar mulai 18 Februari, bayaran melalui pengkreditan ke akaun bank mulai 22 Februari 2017)
  • Ansuran Kedua- Jun 2017 : RM400
  • Ansuran Ketiga- Ogos 2017 : RM400

3. Kategori Pendapatan Bulanan RM3000- RM4000: Jumlah Bantuan RM900

  • Ansuran Pertama- Februari 2017: RM300 [bayaran bermula 18 Februari 2017 (baucar) dan 22 Februari 2017 (akaun bank)]
  • Ansuran Kedua- Jun 2017 : RM300
  • Ansuran Ketiga- Ogos 2017 : RM300

4. Kategori Individu Bujang Berpendapatan Bawah RM2000: Jumlah Bantuan RM450

  • Februari 2017 : RM450 [bermula18 Februari 2017 (baucar) dan 22 Februari 2017 (akaun bank)]

SENARAI BANK YANG TERLIBAT DALAM PEMBAYARAN BR1M

NAMA BANK

1. AFFIN BANK

2. AGRO BANK

3. ALLIANCE BANK MALAYSIA BERHAD

4. AM BANK BERHAD

5. AL-RAJHI BANK

6. BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD

7. BANK RAKYAT

8. MUAMALAT MALAYSIA BERHAD

9. BANK SIMPANAN NASIONAL (BSN)

10. CIMB BANK BERHAD

11. CITIBANK BERHAD

12. HONG LEONG BANK

13. HONGKONG SHANGHAI BANK MALAYSIA BHD (HSBC)

14. MAYBANK

15. OCBC BANK

Status Permohonan

Berikut adalah antara status yang terpapar selepas pemohon membuat semakan secara online:-

  1. Diterima : Permohonan telah didaftarkan bagi BRIM tetapi belum melalui proses semakan dan verifikasi kelayakan
  2. Dalam Proses : Permohonan sedang dalam pemprosesan semakan dan verifikasi kelayakan. Keputusan permohonan hanya akan diketahui bermula awal Mac
  3. Ditangguhkan : Permohonan yang belum didaftarkan bagBRIM kerana pemohon tidak mengemas kini maklumat BR1M dari tahun 2014 hingga 2016. Surat makluman akan dikeluarkan agar pemohon mengemaskini maklumat permohonan dengan menggunakan Borang  Rayuan/ Kemas Kini BR1M(BK-07) di LHDNM dalam tempoh rayuan bermula dari 3 April sehingga 31 Mei. Kegagalan pemohon untuk membuat permohonan menggunakan borang ini akan menyebabkan permohonan TIDAK LAYAK. Lihat post rayuan untuk maklumat lanjut.
  4. Lulus :  Permohonan telah Diluluskan / Berjaya
  5. Tidak Lulus :  Permohonan Tidak Diluluskan / Tidak Berjaya. Bagi permohonan yang berstatus Tidak Lulus (maklumat pendapatan pemohon / pasangan / tanggungan perlu pengesahan), pemohon TIDAK perlu hadir ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk sebarang pengesahan. Pemohon boleh hadir ke mana-mana cawangan LHDNM semasa tempoh rayuan (3 April sehingga 31 Mei) untuk permohonan rayuan BR1M.
  6. Status Kredit Tidak Berjaya : Untuk permohonan yang berstatus lulus tetapi proses pengkreditan Fasa 1 ke akaun bank adalah tidak berjaya (gagal kredit). Penerima yang berkenaan akan menerima surat makluman gagal kredit  [BK-02A(2)(i) / BK-02B(2)(i) / BK-02C(2)(ibt) / BK-02C(2)] iaitu surat makluman bersama baucar berwarna kelabu (cetakan hitam putih). Penerima perlu hadir ke mana-mana cawangan bank BSN dengan membawa surat makluman berkenaan untuk penunaian baucar.

2. Semakan Melalui e-Mel

  • Anda boleh mengutus e-mel mengenai status permohonan atau pertanyaan lain anda ke alamat br1m@treasury.gov.my. Pastikan anda menyatakan nama penuh dan nombor Kad Pengenalan anda dalam e-mel tersebut.

3. Semakan Melalui Telefon

  • Hubungi Kementerian Kewangan Malaysia di talian hotline 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • Hubungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di talian bebas tol 1-800-88-2716.
  • Keputusan brim 2018 bolehlah rujuk di post ini.

4. Semakan menggunakan Applikasi Mobil Semakan BRIM

  • Terdapat 2 jenis platform yang telah dibangunkan iaitu Android dan iOS. Antara semakan yang boleh dibuat melalui applikasi semakan ini adalah :-
  1. Status penghantaran borang
  2. Status permohonan
  3. Status rayuan
  4. Status bayaran

Langkah Membuat Semakan dengan Applikasi Mobil

  1. Pilih Play Store atau App Store dan cari ‘Semakan BR1M’. Muat turun aplikasi tersebut.
  2. Buka aplikasi semakan yang telah berjaya dimuat turun, paparan Laman Utama akan dipaparkan.
  3. Untuk membuat semakan permohonan, sila pilih tab Semakan. Masukkan  nombor Kad Pengenalan di ruangan yang disediakan dan pilih Semakan Status.
  4. Jawab 2 soalan keselamatan dengan betul. Pemohon diberikan sebanyak 3 kali cubaan untuk menjawab setiap soalan. Selepas 3 kali kegagalan, semakan tidak dapat dilakukan lagi bagi nombor kad pengenalan tersebut. Dalam keadaan ini, pemohon perlulah menghubungi  Cawangan  LHDNM  berdekatan untuk semakan lanjut.
  5. Pemohon boleh menukar soalan dengan memilih butang Tukar Soalan. Paparan keputusan akan dikeluarkan sekiranya pemohon  berjaya menjawab dua  soalan keselamatan.
  6. Pemohon boleh memilih tab Hubungi untuk membuat panggilan sekiranya terdapat sebarang pertanyaan.

RAYUAN BR1M

image3 2

  • Menurut laman sesawang e-BR1M, permohonan rayuan BR1M boleh dibuat di semua cawangan LHDNM bermula bulan April.
  • Semakan status Kelulusan Rayuan BR1M secara online.

Diharapkan panduan ini telah memanfaatkan anda. Semoga berjaya dalam permohonan dan rayuan BR1M.

  • 52
  •  
  •  
  •  
  •