Panduan Kemaskini eBRIM 2018

Panduan Kemaskini eBRIM 2018

Tarikh pembukaan pendaftaran telah ditetapkan.

  1. Layari portal rasmi di https://ebr1m.hasil.gov.my
  2. Pilih menu SEMAKAN STATUS dan klik SEMAKAN STATUS
  3. Masukkan No. MyKad (12 angka) ke dalam ruangan yang disediakan
  4. Klik butang HANTAR.

Antara respons daripada portal adalah:

  • Paparan borang permohonan- jika data belum wujud (pemohon baharu)
  • Kotak mesej dengan mesej “No Pengenalan Tidak Sah. Sila hadir ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang berhampiran dengan membawa dokumen asal sijil lahir dan pengenalan tuan.”- jika No. MyKad tidak wujud dalam data JPN
  • Kotak mesej dengan mesej “Permohonan telah wujud dengan no. MyKad: XXXXXXXXXXXX. Sila ambil tindakan di menu Kemas Kini Permohonan.”- jika data telah wujud. Pemohon perlu mengemas kini maklumat peribadi di menu yang dinyatakan.

2. BORANG PERMOHONAN: BAHAGIAN A- MAKLUMAT PEMOHON

RUANGAN

BUTIRAN/ ARAHAN

Nama*

  • Nama penuh pemohon seperti yang tertera dalam MyKad
  • Nama pemohon akan dipaparkan secara automatik jika maklumat wujud di JPN berdasarkan maklumat MyKad yang dimasukkan.

No. MyKad*

  • Akan dipaparkan berdasarkan maklumat MyKad.

Tarikh Lahir*

  • Akan dipaparkan secara automatik jika maklumat wujud.

Umur*

  • Akan dipaparkan secara automatik jika maklumat wujud
  • Jika tiada paparan, isikan umur pemohon pada Januari 2018.

Jantina*

  • Pilih dari menu dengan menekan butang anak panah
  • Akan dipaparkan secara automatik jika maklumat wujud.

Status Perkahwinan*

  • Pilih dari menu dengan menekan butang anak panah
  • Pilihan: Kahwin/Ibu/Bapa Tunggal/Balu/Janda/ Duda/Bujang.

Tarikh Perceraian/ Kematian Pasangan

  • Masukkan tarikh perceraian/kematian pasangan jika status perkahwinan pemohon adalah Ibu/Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda.
  • Tarikh ini mestilah tidak melebihi tarikh semasa memohon.

No.Telefon Rumah

  • Masukkan nombor telefon rumah terkini pemohon, jika ada (contoh: 03-12345678)

No.Telefon Bimbit*

  • Masukkan nombor telefon bimbit terkini pemohon (contoh: 013-1234567)

Pekerjaan*

  • Pilih jenis pekerjaan pemohon dari menu
  • Pilihan: Bekerja Sendiri/Penggajian (Makan Gaji/Upah)/ Tidak Bekerja

Nama Bank*

  • Pilih nama bank yang dilanggani pemohon dari menu
  • Contoh: CIMB BANK BERHAD

No. Akaun Bank*

  • Masukkan nombor akaun bank pemohon di bank yang telah dipilih

Alamat e-Mel

  • Masukkan alamat e-mel pemohon yang aktif

Alamat Surat-Menyurat Terkini*

  • Masukkan alamat surat-menyurat terkini pemohon, poskod, bandar/daerah dan negeri.
  • Bandar/Daerah dan Negeri akan dipaparkan secara automatik jika poskod yang dimasukkan adalah sah.
  • Sekiranya maklumat Poskod yang dimasukkan adalah tidak sah, mesej peringatan akan dipaparkan.

Perhatian: Medan yang bertanda (*) merupakan ruangan yang WAJIB diisi.

3. BORANG PERMOHONAN: BAHAGIAN B- MAKLUMAT SENDIRI/AHLI ISI RUMAH

Sendiri

  • Isi amaun Pendapatan Kasar Bulanan (RM).
  • Jika tiada Pendapatan Kasar Bulanan (RM), sila isi “0”.
  • Jika status perkahwinan adalah kahwin, maklumat pasangan WAJIB diisi.

Pasangan

  • Pilih Jenis Pengenalan dan masukkan No. Pengenalan pasangan.
  • Nama pasangan akan terpapar secara automatik jika data wujud di JPN.
  • Isi amaun Pendapatan Kasar Bulanan (RM) pasangan. Jika tiada pendapatan, sila isi “0”.

Tanggungan

  • Jika mempunyai Tanggungan, sila klik simbol “+” (berwarna biru) di kanan halaman terlebih dahulu sebelum mengisi maklumat tanggungan.
  • Pilih Jenis Pengenalan dan masukkan nombor pengenalan tanggungan.
  • Nama tanggungan akan terpapar secara automatik jika data wujud di JPN.
  • Isi amaun Pendapatan Kasar Bulanan (RM) tanggungan. Jika tiada pendapatan, sila isi “0”.
  • Klik pada simbol  “x” (berwarna merah) di kanan halaman jika ingin menghapuskan maklumat tanggungan yang telah diisi.
  • Kotak mesej bagi pengesahan hapus maklumat tanggungan akan dipaparkan.
  • Klik ‘OK’ jika pasti dan MAKLUMAT SENDIRI/ISI AHLI RUMAH akan dipaparkan semula.
  • Jika klik pada ‘Cancel’, maklumat tanggungan akan dipaparkan semula dan proses hapus maklumat tanggungan batal.
  • Jika maklumat pasangan/tanggungan tidak wujud di JPN/Agensi, kotak mesej dengan mesej “Sila kemukakan salinan pengenalan ke cawangan LDNHM berhampiran selewat-lewatnya 7 hari selepas permohonan dibuat” akan dipaparkan dan nama perlu diisi secara manual.

4. BORANG PERMOHONAN: BAHAGIAN C – MAKLUMAT WARIS

Pilihan Waris

  • Sama ada ADA waris atau TIADA waris

Ada

  • Ruangan di Bahagian C – Maklumat Waris akan dibuka dan wajib diisi.
  • Maklumat waris akan dipaparkan secara automatik jika wujud maklumat pasangan/tanggungan di Bahagian B.
  • Pilih hubungan (contoh: Pasangan, Ibu, Bapa , Anak atau Adik-Beradik).
  • Pilih Jenis Pengenalan dan lengkapkan maklumat waris
  • Pemohon dibenarkan untuk mengemas kini maklumat waris jika ingin menggantikan dengan waris yang lain.
  • Jika tiada maklumat di ruangan ini, pemohon perlu mengisi secara manual. Nama waris akan dipaparkan secara automatik jika data wujud di JPN.

Tiada

  • Jika tiada waris, ruangan di Bahagian C tidak perlu diisi.

5. AKUAN PENGESAHAN

  1. Sila masukkan kod seperti yang dipaparkan pada ruangan Kod Pengesahan di sebelah kiri. Ini adalah untuk mengesahkan anda bukan sebuah robot atau perisian automatik.
  2. Klik butang HANTAR.

6. PAPARAN AKUAN PENGESAHAN

  1. Sebuah kotak mesej dengan akuan pengesahan dan terma dan syarat akan dibuka.
  2. Sila tandakan ruangan “Saya bersetuju dengan terma dan syarat di atas” jika bersetuju dan klik butang SETUJU & HANTAR.
  3. Paparan “Permohonan berjaya dihantar” akan dipaparkan.
  4. Klik butang TIDAK untuk kembali pada skrin permohonan sekiranya terdapat pindaan.

7. CETAK PERMOHONAN

  1. Klik butang CETAK untuk cetak permohonan
  2. Klik butang LAMAN UTAMA untuk kembali kepada laman utama
  3. Jika tidak mempunyai perisian Adobe Reader untuk mencetak permohonan, sila klik ikon Adobe Reader (berwarna merah) untuk memuaturunnya.

Berkenaan isu gagal kemaskini sila lihat tip-tip di sini.

  •  
  •  
  •  
  •  
  •