Langkah-langkah buat rayuan BRIM 2018 sekiranya tidak lulus

Ramai yang tidak berpuas hati selepas permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) mereka tidak diluluskan oleh kerajaan. Walau bagaimanapun, rayuan BRIM boleh dilakukan bermula 3 April sehingga 31 Mei 2018. Berikut merupakan langkah yang anda perlu lakukan sebelum membuat rayuan BRIM 2018.

 

Punca sebenar mengapa BRIM tidak lulus #SSM

 

Antara punca mengapa BRIM 2018 tidak lulus ialah kerana tiada pengesahan daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada maklumat pendapatan pemohon, pasangan atau tanggungan.

 

BRIM tidak lulus

 

Jika pemohon BRIM pernah mendaftar sebarang perniagaan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum ini, mereka perlu mengisytiharkan perniagaan mereka dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Hal ini kerana sekiranya anda tidak melakukannya, pihak LHDN tidak dapat mengesahkan jumlah pendapatan yang diterima setiap tahun bagi pengiraan cukai pendapatan. Jika untung bersih perniagaan anda melebihi RM10k sebulan, maka anda akan dikenakan cukai dan secara automatik BRIM anda tidak akan diluluskan.

 

Langkah-langkah buat rayuan BRIM 2018

 

Dapatkan Borang Rayuan BRIM
Bawa Penyata Pendapatan/ Penyata Akaun Bank Syarikat untuk disahkan oleh SSM
Hantar kembali dokumen bersama Borang Rayuan kepada pihak LHDN. Jika pendapatan anda tidak melebihi syarat, anda layak untuk menerima kembali BRIM.

 

Mengapa perkara ini berlaku kepada penerima sedia ada sedangkan sebelum ini ianya lulus?

Tiada pengesahan pada pendapatan atau tidak dinyatakan di dalam permohonan terdahulu

Semakan BRIM boleh dibuat melalui 12 agensi.

#BRIM saya juga tidak diluluskan oleh SSM, jadi saya akan gunakan langkah yang sama untuk membuat rayuan.

Baguslah. Sekurang-kurangnya mereka yang tidak layak dapat dikenal pasti. Ada antaranya yang tidak mengemukakan pendapatan mereka hanya kerana mahukan BRIM. Jika anda layak, anda akan dapat menerimanya.

  •  
  •  
  •  
  •  
  •