Cara memohon rayuan BR1M

Buat mereka yang kurang bernasib baik, kerajaan telah membuka peluang untuk pemohon membuat rayuan mulai 3 April – 31 Mei 2017, manakala rayuan bagi tahun 2016 adalah pada 15 Mac – 15 April 2016.

Permohonan Rayuan BR1M 2017 hanya boleh dibuat secara manual di semua cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) / Pusat Khidmat Hasil (PKH) / Urban Transformation Centre (UTC).

CARA MEMOHON

  • Isi Borang Rayuan
  • Lampirkan Dokumen Sokongan

Borang yang lengkap diisi perlulah dilampirkan sekali bersama dokumen sokongan (sila rujuk lampiran borang rayuan) bagi menyokong permohonan tersebut.

MAKLUMAT PENTING

  • Rayuan hanya boleh dibuat secara manual.
  • Tempoh rayuan        : 3 April – 31 Mei 2017.

Permohonan berstatus Tidak Lulus, pemohon boleh hadir ke cawangan LHDN sepanjang tempoh rayuan tanpa perlu ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk sebarang pengesahan.

JADUAL PEMBUKAAN KAUNTER RAYUAN BR1M 2017

 

  • Cawangan LHDNM (Kecuali Kedah, Kelantan, Terengganu, Johor, Sabah dan Sarawak)

Isnin – Jumaat

8.45 Pagi – 5.00 Petang

  • Cawangan LHDNM Kedah, Kelantan, Terenggan dan Johor

Ahad – Rabu

Khamis

8.45 Pagi – 5.00 Petang

8.45 Pagi – 3.30 Petang

  • Cawangan LHDNM Sabah dan Sarawak

Isnin – Jumaat

8.15 Pagi – 4.00 Petang

Cuti Hujung Minggu / Cuti Umum

Tutup

* Termasuk Pusat Khidmat Hasil (PKH) dan Urban Transformation Centre (UTC), LHDNM

  •  
  •  
  •  
  •  
  •