Cara membuat permohonan rayuan BRIM 2018

 

Permohonan rayuan BRIM 2018 boleh dibuat secara manual di mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), termasuklah Pusat Khidmat Hasil (PKH) dan juga Pusat Transformasi Bandar (UTC) yang berhampiran dengan pemohon.

 

Tarikh rayuan ialah bermula dari 3 April sehingga 31 MeiĀ 

 

Pemohon perlu mengisi dan mengemukakan borang rayuan tersebut bersama dokumen yang berkaitan seperti penyata gaji dan salinan kad pengenalan pasangan atau tanggungan yang terkini.

 

Maklumat penting tentang rayuan BRIM 2018

Berikut ialah tarikh penting berkenaan rayuan permohonan BR1M:

Rayuan perlu dibuat secara manual di mana-mana cawangan LHDN

 

Tarikh buka: 3 April 2018

Tarikh tutup: 31 Mei 2018

 

Permohonan rayuan boleh dibuat dengan memuat turun Borang Permohonan Rayuan BRIM. Borang rayuan BK-07 akan dikongsikan dari semasa ke semasa.

 

Salinan dokumen yang wajib dikemukakan bagi mereka yang mempunyai tanggungan ialah seperti berikut:

 

  1. Sijil/ surat pengesahan cerai oleh Jabatan Agama Islam Negeri/ JPN/ JAKOA/ Tuai Rumah/ Ketua Peribumi @ Ketua Kaum/ Ketua komuniti bagi pasangan (jika status perkahwinan ialah ibu/ bapa tunggal) atau bagi mereka yang di bawah tanggungan ibu/ bapa (jika status perkahwinan ialah bujang); ATAU
  2. Sijil/ surat pengesahan kematian oleh JPN/ JAKOA/ Tuai Rumah/ Ketua Peribumi @ Ketua kaum/ Ketua komuniti bagi pasangan (jika status perkahwinan ialah ibu/ bapa tunggal) atau bagi mereka yang di bawah tanggungan ibu/ bapa (jika status perkahwinan ialah bujang); DAN
  3. Sijil lahir tanggungan/ daftar anak angkat/ sijil lahir pemohon atau dokumen bukti pertalian hubungan jika ibu bapa tidak memohon; ATAU
  4. Surat hak penjagaan tanggungan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)/ Mahkamah/ Agensi yang dilantik oleh kerajaan (jika berkenaan).

Selamat membuat rayuan dan semoga anda berjaya. Kepada yang gagal, anda boleh membuat rayuan sehingga 31 Mei 2017.

 

Hotline BRIM MOF:

03-8882 4565/ 03-8882 4566

Hotline BR1M LHDNM:

1-800-88-2716

Sekretariat BRIM :

Pusat Belanjawan Negara

Kementerian Kewangan Malaysia (MOF),

Presint 2, 62592 Putrajaya