BRIM dapat merancakkan ekonomi tempatan

Perdana Menteri Najib Abdul Razak berkata Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) bukanlah bertujuan untuk menggalakkan rakyat berterusan bergantung kepada kerajaan akan tetapi untuk merangsang ekonomi tempatan.

Najib berkata BRIM yang diperkenalkan pada tahun 2012 ini bukan sahaja membantu mengurangkan beban rakyat bahkan juga terbukti boleh merangsang ekonomi apabila wang tersebut dibelanjakan di kedai-kedai, pasar malam atau pasar tani untuk membeli barangan keperluan asas.

Memetik kawasan Pekan sebagai satu contoh, Najib, yang juga merupakan MP di sana berkata pada tahun ini sebanyak RM31.5 juta telah diperuntukkan untuk membayar BRIM kepada 43,729 penerima yang mana ianya merupakan jumlah yang sangat besar.

“Namun, sebagai ketua kerajaan, melihat kebajikan rakyat perlu diutamakan oleh kerajaan. Inilah sebabnya selepas saya menjadi Perdana Menteri, pelbagai bentuk bantuan yang tidak pernah lagi diperkenalkan telah dilaksanakan,”

“Jika kita melihat padanya, kita (kerajaan) telah memberikan pelbagai bentuk bantuan. Bukan disebabkan kita mahu rakyat untuk bergantung kepada kerajaan… kita mahu rakyat untuk berdiri di atas kaki sendiri dan terus bekerja keras. katanya.

Najib berucap di perhimpunan komuniti tempatan di Kampung Nenasi Pantai, Pekan pada hari ini.

“…RM33 juta ini bertindak sebagai pemangkin untuk ekonomi tempatan. Siapa yang akan mendapat RM31.5 juta ini? Sudah semestinya para peniaga, penjaja dan juga mereka yang menjual peralatan persekolahan,” tambahnya.

Oleh itu, kata Najib BRIM bukan sahaja tertumpu kepada kebajikan rakyat, tetapi juga harus dilihat dari aspek ekonomi dan akan memberi kesan kepada penjaja sekiranya bantuan ini tiada.

Beliau juga turut memikul tugas mereka yang mempersoalkan bantuan yang diberikan kerajaan termasuklah pihak pembangkang yang melabel BRIM sebagai “dedak” (makanan haiwan), sedangkan jika ianya tidak diberikan, mereka akan menuduh kerajaan tidak menjaga kebajikan rakyat.

“Ya, kita tidak berhenti memberikan bantuan dalam pelbagai bentuk. Hanya mereka yang menolak untuk melihat atau mendenga,r atau sengaja mahu menghasut rakyat sahaja yang ingin menafikan bantuan yang diberikan oleh kerajaan ini.

“Saya rasa susah untuk kita melihat bantuan sebegini diberikan di negara-negara lain…tidak seperti apa yang diberikan oleh kerajaan yang dipimpin oleh UMNO dan juga Barisan Nasional.”

Tambahnya lagi kesemua ini dilakukan kerana pihak pembangkang tidak mampu untuk melakukan apa yang telah dilaksanakan oleh kerajaan, jadi mereka hanya mempunyai isu-isu besar sahaja untuk diperkatakan.

Najib juga menyindir pembangkang kerana asyik menghasut orang ramai membenci apa jua tindakan kerajaan termasuklah mempolitikkan lawatan rasminya ke China dengan mengatakan bahawa “dia cuba untuk menjual tanah air”.

Dalam ucapannya, Najib juga menyentuh berkenaan projek Transit Aliran Massa (MRT) yang bukan sahaja memberi manfaat kepada penduduk luar bandar dengan mengurangkan kesesakan trafik, bahkan juga mencipta peluang pekerjaan kepada belia dari kawasan luar bandar.

“Ianya bukan sahaja berkaitan MRT tetapi juga berkaitan pembinaan Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) dari Pelabuhan Klang merentasi Pahang, yang dianggarkan akan menambah 1.5 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar di Pantai Timur,” katanya