Borang Rayuan Permohonan BR1M

Bagi pemohon yang tidak berjaya mendapatkan bantuan, berita baik buat anda kerana kerajaan telah membuka Permohonan Rayuan BR1M sebelum pembayaran kelompok pertama.

image2 2

Tetapi permohonan rayuan ini tidak boleh dilakukan secara online dimana anda dikehendaki mengisi borang rayuan secara manual dan melampirkan bersama salinan dokumen sokongan bagi menyokong permohonan rayuan anda.

BORANG PERMOHONAN RAYUAN

Borang rayuan boleh didapati di cawangan LHDN / Pusat Khidmat Hasil (PKH) / Urban Transformation Centre (UTC) yang terdekat atau mencetak di sini.

Borang rayuan yang telah lengkap bersama salinan dokumen sokongan bolehlah dihantar ke cawangan LHDN / PKH / UTC yang terdekat.

Bagi penerima sedia ada, anda boleh mengemaskini maklumat (seperti nombor akaun bank, maklumat waris atau alamat surat menyurat) menggunakan borang yang sama sepanjang tempoh rayuan dibuka.

Anda diingatkan supaya melampirkan pembuktian salinan dokumen mengikut kod alasan tidak lulus (sila rujuk lampiran borang rayuan).

  •  
  •  
  •  
  •  
  •