Bayaran BRIM dan tarikh BRIM dibayar

KAEDAH BAYARAN BR1M

Mana yang telah mohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) dan pernah dapat bantuan sebelum ini, saya percaya yang saudara tahu apa pilihan yang ada. Tetapi bagi mereka yang masih baru nak kenal dengan bantuan rakyat nih, pasti tertanya macam mana BRIM nih nanti dapat?

Cara pembayaran BRIM ada dua (2), iaitu melalui kredit ke dalam akaun dan baucar ataupun kedua-duanya sekali (yang nih bukan pilihan). Ikutlah yang mana saudara rasa memudahkan urusan saudara.

Berikut saya jelaskan dengan lebih mendalam dengan bahasa yang mudah.

KREDIT KE AKAUN

Pilihan pertama bagi mereka yang mempunyai maklumat akaun bank. Saudara perlu letakkan nama bank dan nombor akaun semasa isi borang. Tak kesahlah pakai online atau manual, dua-dua pun kena letak.

Cepat atau lambat masuk ke akaun bergantung pada bank masing-masing. Yang ini selalunya akan diberitahu melalui portal rasmi BRIM atau bank. Contohnya, kalau saudara call center, operator akan buat pengumuman maklumat terkini terlebih dahulu sebelum saudara nak mengomplain. Mana yang ada online banking, semak ajelah di situ, tak perlu ke bank. Jimat minyak kereta.

Tetapi, bagi mereka yang lulus tapi duitnya tak dapat. Sila baca No. 3 (Kedua-duanya sekali).

BAUCAR

Baucar ini untuk mereka yang tiada maklumat akaun bank ataupun yang tak bagi nombor akaun mereka. Baucar akan diposkan ke alamat surat-menyurat. Nanti saudara sudah dapat baucar, bolehlah ke mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk tunaikan.

Saolan BRIM yang sering ditanya:

1. S: Bilakah pendaftaran BRIM 2018?

J: Pendaftaran BRIM 2018 bermula pada 5 Disember 2017 hingga 31

Disember 2016 (tertakluk kepada pindaan).

2. S: Siapakah yang layak membuat Permohonan BRIM 2018?

J: Pemohon BR1M BRIM perlulah memenuhi syarat seperti berikut:

Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli keluarga yang
tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah

Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah
Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah
Tidak termasuk pelajar yang menerima Kad Debit Pelajar.
3. S: Bagaimana saya boleh membuat Permohonan BRIM 2018?

J: Anda boleh membuat Permohonan BRIM 2018 dengan mengisi Borang

BRIM 2018 sama ada secara dalam talian (online) atau melalui borang.

Permohonan Dalam Talian
Permohonan BRIM 2018 boleh dibuat di Portal Rasmi BRIM: https://ebr1m.hasil.gov.my.
Permohonan hanya boleh dibuat menggunakan komputer sahaja. Simpan salinan permohonan bagi tujuan rekod pendaftaran. Aplikasi e-BR1M tidak direka bentuk untuk
capaian peranti mudah alih.

Permohonan Melalui Borang
Borang BR1M 2018 boleh didapati secara percuma di:

Portal Rasmi BRIM LHDNM
Cawangan LHDNM/Pusat Khidmat Hasil (PKH)/ Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM
4. S: Di mana saya boleh menghantar Borang BR1M 2018 yang telah

lengkap diisi?

J: Anda boleh menghantar Borang BR1M 2018 di kaunter-kaunter berikut:

Cawangan LHDNM/Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM/Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM
Pejabat Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP)
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK)
Pejabat Daerah /Pejabat Residen
Penghantaran secara faks dan e-mel adalah tidak diterima.

5. S: Apakah dokumen yang perlu dikemukakan bersama Borang BR1M

2018?

J: Salinan dokumen sokongan pemohon / pasangan / tanggungan (jika

berkaitan) yang diperlukan adalah:

Pengenalan (MyPR/MyKid/Pasport/Sijil Lahir)
Sijil perceraian pemohon/sijil kematian pasangan bagi pemohon berstatus Ibu/Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda
Sijil perceraian/sijil kematian ibu atau bapa tanggungan dan sijil lahir tanggungan (bagi kategori bujang ada tanggungan)
6. S: Semasa BRIM 2016, saya telah kemukakan salinan pengenalan

pasangan/ tanggungan. Adakah saya perlu kemukakan semula bagi

Permohonan Kemas Kini BRIM 2018?

J: Tidak perlu sekiranya maklumat pasangan / tanggungan adalah sama dan tiada perubahan kecuali sekiranya pasangan / tanggungan menggunakan pengenalan Pasport. Anda perlu kemukakan semula salinan pengenalan pasport yang lengkap ke Cawangan LHDNM / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM yang berhampiran.

7. S: Bagaimanakah saya hendak kemukakan dokumen sokongan

sekiranya Borang BRIM telah dihantar sebelum ini?

J: Anda boleh mengemukakan dokumen sokongan yang diperlukan ke Cawangan LHDNM yang berhampiran dengan mengisi Borang Serahan Dokumen Sokongan (BK-17) yang boleh diperolehi di Cawangan LHDNM / muat turun di Portal Rasmi. Pastikan anda mendapat keratan Akuan Penerimaan Permohonan BRIM apabila menghantar borang tersebut sebagai rekod penyerahan. Penghantaran secara faks dan e-mel adalah tidak diterima.

8. S: Saya telah menghantar Permohonan secara dalam talian.

Perlukah saya kemukakan dokumen sokongan?

J: Ya. Anda perlu berbuat demikian sekiranya terdapat mesej peringatan penghantaran salinan dokumen sokongan yang dipaparkan semasa permohonan dalam talian dibuat. Kaedah penghantaran dokumen sokongan adalah seperti jawapan bagi soalan No. 7.

9. S: Saya telah membuat Permohonan secara manual dengan

menghantar Borang ke Cawangan LHDNM. Adakah saya

boleh mengemas kini semula permohonan secara dalam talian?

J: Tidak. Kemas Kini secara dalam talian tidak dibenarkan sekiranya tuan telah menghantar permohonan baharu/kemas kini secara manual dan kemasukan data ke dalam sistem BRIM telah dibuat oleh LHDNM. Oleh itu, untuk sebarang kemas kini selanjutnya, tuan perlu kemukakan semula Borang ke Cawangan LHDNM yang berhampiran.

10. S: Adakah penerima 2016 perlu memohon semula?

J: Penerima BRIM perlu mengemas kini maklumat terkini pemohon seperti status perkahwinan, no. telefon, maklumat akaun bank, alamat surat-menyurat terkini, dan maklumat isi rumah serta waris secara dalam talian atau dengan mengisi Borang BR1M.

11. S: Saya adalah penerima BR1M 2016 dan tiada maklumat yang perlu dikemas kini. Adakah saya perlu mengemas kini permohonan BR1M ?

J: Anda digalakkan untuk mengisi borang permohonan BR1M semula. Kegagalan dalam menghantar borang akan menyebabkan permohonan anda berkemungkinan tidak akan diproses (tertakluk kepada arahan Kementerian Kewangan).

12. S: Jika penerima BR1M 2016 telah meninggal dunia, adakah ahli isi

rumah waris layak menerima BR1M?

J: Isi rumah/waris perlu membuat Permohonan Baharu BR1M jika melepasi syarat kelayakan.

13. S: Saya telah bercerai pada pertengahan tahun 2016. Nama saya telah dimasukkan sebagai pasangan kepada bekas suami saya semasa permohonan BR1M 2018. Adakah saya boleh memohon BR1M 2018?

J: Boleh. Anda perlu membuat permohonan baharu BR1M 2018 dengan status Ibu/Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda dan masukkan tarikh perceraian. Salinan sijil perceraian yang sah perlu dikemukakan ke Cawangan LHDNM yang berhampiran.

14. S: Saya telah bercerai pada pertengahan tahun 2016 dan berkahwin semula baru-baru ini. Nama saya masih dikekalkan sebagai pasangan dalam permohonan bekas suami saya semasa BR1M 2016. Adakah suami saya sekarang boleh memasukkan nama saya sebagai pasangan di dalam Borang BR1M 2018?

J: Boleh. Walau bagaimanapun, anda perlu kemukakan Sijil Perceraian dengan bekas suami dan Sijil Perkahwinan yang baharu dan memaklumkan Cawangan LHDNM semasa penghantaran borang permohonan BR1M bagi membolehkan kemas kini dibuat ke atas permohonan bekas suami anda.

15. S: Pasangan saya merupakan penerima BR1M 2016 tetapi telah menghilangkan diri. Adakah saya boleh memohon BR1M?

J: Anda perlu mengemukakan laporan polis berkenaan pasangan menghilangkan diri bagi membatalkan permohonan pasangan di Cawangan LHDNM dengan mengisi Borang Pembatalan Permohonan BR1M. Anda boleh membuat Permohonan Baharu BR1M dengan berstatus kahwin (sekiranya belum bercerai secara sah).

16. S:Pasangan saya merupakan penerima BR1M 2016 tetapi telah dipenjarakan. Adakah saya boleh memohon BR1M 2018?

J:Anda perlu mengemukakan surat pengesahan penjara bagi membatalkan permohonan pasangan di Cawangan LHDNM dengan mengisi Borang Pembatalan Permohonan BR1M 2018. Anda boleh membuat Permohonan Baharu BR1M 2018 dengan berstatus kahwin (sekiranya belum bercerai secara sah).

17. S: Pendapatan terkini saya termasuk gaji bulanan, bonus dan lain-lain elaun. Apakah jumlah pendapatan yang perlu saya laporkan pada Borang BR1M 2018?

J: Anda perlu melaporkan gaji kasar bulanan dan lain-lain elaun tetap kecuali bonus bagi semua isi rumah.

18. S: Bagaimana sekiranya saya tidak mengisi nombor akaun bank semasa Permohonan BR1M 2018?

J: Anda digalakkan untuk mengisi nombor akaun bank bagi memudahkan dan mempercepatkan urusan pembayaran. Jika tidak, anda perlu menghadiri majlis penyerahan baucar dan penunaian perlu dibuat di Bank Simpanan Nasional (BSN).

19. S: Apakah jenis akaun bank yang perlu didaftarkan dalam Permohonan BR1M 2018?

J: Anda perlu mendaftarkan akaun bank persendirian yang aktif dimana maklumat pengenalan diri (nama dan nombor pengenalan) akaun tersebut perlu sama seperti pengenalan diri pada permohonan BR1M 2018. Anda boleh merujuk senarai bank yang terlibat pada Portal Rasmi BR1M.

20. S: Saya hanya mempunyai Kad Pengenalan Lama dan tidak memperbaharuinya lagi. Adakah saya boleh memohon BR1M 2018?

J: Anda perlu ke Jabatan Pendaftaran Negara untuk mendapatkan MyKad kerana Permohonan BR1M 2018 mewajibkan penggunaan MyKad sahaja.

21. S: Saya bukan Warganegara Malaysia. Adakah saya layak memohon BR1M 2018?

J: Tidak. Bantuan ini adalah untuk Warganegara Malaysia sahaja.

22. S: Saya merupakan Warganegara Malaysia tetapi menetap di Singapura.

Adakah saya layak memohon BR1M 2018?

J: Tidak. Bantuan ini adalah untuk Warganegara Malaysia yang menetap di

Malaysia sahaja.

23. S: Saya merupakan warganegara Malaysia tetapi menetap di Singapura.

Adakah saya layak membuat permohonan BR1M dengan menggunakan alamat surat-menyurat di Malaysia?

J: Tidak. Ini kerana anda telah memberikan maklumat yang tidak benar dalam permohonan. Anda dengan ini didapati bersalah di bawah Seksyen 193 Kanun Keseksaan (Akta 574) dan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga (3) tahun dan juga boleh dikenakan denda serta disenaraihitam oleh Kementerian Kewangan Malaysia dari menerima BR1M.

LAIN-LAIN

24. S: Bagaimana cara saya untuk mengetahui status permohonan BR1M 2018?

J: Status permohonan BR1M 2018 boleh diketahui apabila kerajaan mengumumkan mengenai pembayaran BR1M 2018. Pemakluman mengenai status permohonan BR1M 2018 adalah melalui cara berikut:

Surat makluman yang akan dicetak dan diposkan kepada pemohon
Portal Rasmi BR1M LHDNM: https://ebr1m.hasil.gov.my
E-mel berdasarkan alamat e-mel yang dikemukakan semasa permohonan terutama bagi permohonan yang berstatus tidak lulus
Menghubungi LHDNM: 1-800-88-2716 atau Kementerian Kewangan: 03-8882 4565/4566
Hadir sendiri ke Cawangan LHDNM / PKH LHDNM / UTC LHDNM untuk menyemak.
25. S: Bagaimana cara untuk saya mendapatkan maklumat terkini, membuat pertanyaan atau aduan berkaitan BR1M 2018?

J: Anda boleh berbuat demikian melalui saluran berikut:

Portal Rasmi BR1M LHDNM: https://ebr1m.hasil.gov.my
Menghubungi LHDNM: 1-800-88-2716 atau Kementerian Kewangan: 03-8882 4565/4566
Hadir sendiri ke Cawangan LHDNM/ PKH LHDNM/ UTC LHDNM.
26. S: Jika seseorang memberi maklumat palsu, apakah tindakan yang akan dikenakan?

J: Seseorang boleh disabitkan kesalahan di bawah seksyen 193 Kanun Keseksaan (Akta 574) dan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga (3) tahun dan denda serta disenaraihitam oleh Kementerian Kewangan Malaysia dari menerima BR1M.

27. S: Maklumat saya telah digunakan oleh individu lain bagi tujuan permohonan BR1M 2018. Apakah yang perlu saya lakukan?

J: Anda perlu membuat laporan polis dan kemukakan bersama salinan pengenalan (isi rumah), sijil perkahwinan / Sijil Kematian / Sijil Perceraian (jika berkaitan) ke Cawangan LHDNM untuk tindakan selanjutnya.

28. S: Saya telah disenarai hitam oleh Kementerian Kewangan, apa yang perlu saya lakukan?

J: Anda perlu merujuk kepada Sekretariat BR1M, Kementerian Kewangan seperti berikut:

Sekretariat BR1M

Pejabat Belanjawan Negara

Aras 6 Blok Utara

Kementerian Kewangan Malaysia

No.5 Persiaran Perdana

Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62592 Putrajaya.

Hotline BR1M: 03-8882 4565 / 03-8882 4566

e-mel: br1m@treasury.gov.my

 

  •  
  •  
  •  
  •  
  •